Home

Friday, October 5, 2012

Novel SIAPA ORANG GAJIKU

 Ini novel ketiga dalam 2 minggu ni. Pheww! Selesai baca dalam 1 hari. Ada 545 muka surat. Alhamdulillah, khatam jugak hari ni. Dah kemaruk novel dah sekarang ni. Dalam kepala dah dok fikir apa novel seterusnya nak beli nanti..haruu dah cam ni nih...hehe Cerita ni best. Cerita tentang seorang gadis bernama Sharifah Aina Aishah iaitu cucu kepada seorang Tan Sri yang diupah untuk bekerja sebagai orang gaji oleh seorang Tengku Fauziah bagi membantu seorang lelaki yang kecewa apabila bakal isterinya tidak muncul pada hari pernikahan. Dengan kepakarannya dalam bidang Psikologi, Aina membantu Tengku Haikal Iskandar bangkit semula dari kekecewaan dan akhirnya bercinta dengan Aina. nak tahu lebih lanjut, kena laa baca ya.

SINOPSIS

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

No comments:

Post a Comment