Pics ehsan Mr GOOGLE
Novel ini adalah novel pertama saya baca setelah bertahun-tahun berhenti membaca novel. Rasanya since kahwin dah tak sentuh any novel. Entah kenapa tiba-tiba minat membaca novel timbul semua. Ini rasanya gara-gara tertengok cerita drama bersiri Adam & Hawa. Kawan-kawan di FB asyik dok cerita tentang drama ni. Best sangat ker? Ingat lagi masa tu member di FB bagi link Episod ke 11. Haa...tiba-tiba tengok episod 11 kan. Dah tertanya-tanya pulak apa cerita asalnya. So, tgk di YouTube dari siri 1 ke siri 11. Tapi tak puas hati sebab lambatnya sambung. This is one of the reason kenapa saya malas nak tgk tv lagi2 cerita bersiri. Sebab tak sabar nak tau ending cerita ni. Sebagai alternatif, saya g MPH n cari novel ni. Alhamdulillah, jumpa n beli. Bila dah baca baru laa legaaa... at least dah tahu jalan cerita. So, to those yang nak tau tentang jalan cerita novel ni, why don't you guys beli and baca. Insyaallah, tak menyesal. The rest, kita tunggu sambungannya di Mustika HD ya...
SINOPSIS
Ain Hawani, zman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri in hanya di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar si hatinya. Ah....Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam,kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikantan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tepi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalan hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
bagi Adam, dia tetap menanti Hawaninya biarpun lapan tahun lagi.....
Paling suka episod yang di Mekah tu. Ya Allah, terasa terpanggil untuk ke sana. Hati ini teringin sangat menjejakkan kaki ke sana. Insyaallah, semoga kita semua akan ke sana nanti. Amiinnn...
No comments:
Post a Comment