Friday, January 9, 2015
EBOOK ISLAMIK ANAK SOLEH
Ebook ini mempunyai 20 mukasurat bergambar, separuhnya mukasurat interaktif.
Apabila ditekan dengan jari/pen, bunyi sebutan huruf, nombor, bacaan akan terhasil.
Topik2 yang terkandung
1. Abjad & perkataan dalam Bahasa Inggeris
2. Huruf & perkataan dalam Bahasa Arab
3. Buah buahan
4. Haiwan
5. Warna & bentuk
6. Cara berwuduk dan solat
7. Doa-doa harian
Juga terdapat lagu-lagu nasyeed dan bacaan surah ringkas terpilih
Menggunakan 3 Bateri AA (tidak disediakan)
.
Lihat rakaman penggunaan di link ini
Video Ebook Islamik Anak Soleh
Ukuran : 28 x 28 x 2.5cm (approx)
HARGA : RM 70.00 seunit
Berminat? PM/Whatsapp @ 012-315 2142
Saturday, November 29, 2014
Monday, November 25, 2013
PAKEJ ALIF BA TA
Bagi kawan-kawan yang sedang mencari bahan bantu mengajar untuk anak-anak kenal jawi dari peringkat awal, boleh dapatkan set Pakej Bijak Alif Ba Ta sekarang. Ada Buku Alif Ba Ta dan Whiteboard Alif Ba Ta untuk train tulis jawi. Guna whiteboard senang sebab boleh padam dan tulis banyak kali. Jimat!!
Kalau berminat boleh bagitahu cepat . Stok terhad ya kawan-kawan.
Harga RM26 sahaja.
Kos pos RM7.00/1 set & tambah RM3.00 utk setiap set seterusnya.
Admin
MyLittleBookShop
RE - OPENING OF MY LITTLE BOOK SHOP
As Salam,
Dah berabuk dah kedai ni...hehehe
Insyaallah pihak MyLittleBookShop akan re-open semula online shop ni dan akan memasukkan produk-produk baru yang lebih fokus kepada bahan bantu mengajar bagi pendidikan awal kanak-kanak dan edu toys untuk perkembangan minda si kecil.
Harap sokongan dari semua. Semoga kita kaya dan berjaya!!
Admin
MyLittleBookShop
Shah Alam.

Friday, October 5, 2012
Novel SIAPA ORANG GAJIKU
Ini novel ketiga dalam 2 minggu ni. Pheww! Selesai baca dalam 1 hari. Ada 545 muka surat. Alhamdulillah, khatam jugak hari ni. Dah kemaruk novel dah sekarang ni. Dalam kepala dah dok fikir apa novel seterusnya nak beli nanti..haruu dah cam ni nih...hehe Cerita ni best. Cerita tentang seorang gadis bernama Sharifah Aina Aishah iaitu cucu kepada seorang Tan Sri yang diupah untuk bekerja sebagai orang gaji oleh seorang Tengku Fauziah bagi membantu seorang lelaki yang kecewa apabila bakal isterinya tidak muncul pada hari pernikahan. Dengan kepakarannya dalam bidang Psikologi, Aina membantu Tengku Haikal Iskandar bangkit semula dari kekecewaan dan akhirnya bercinta dengan Aina. nak tahu lebih lanjut, kena laa baca ya.
SINOPSIS
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik
Ini novel kedua setelah khatam Adam & Hawa. Kan dah kata, kalau dah start baca novel ni, memang tak boleh berenti. Lepas satu, satu. Keje pon tak jadi sebab selagi tak habis baca, tak tenteram rasa nya. Sapa agree, angkat tangan heheh... Cerita ni walau pun tebal giler, tapi alhamdulillah habis jugak dalam masa seminggu. Banyak pengajaran, liku2 hidup dan banyak involve tentang hati dan perasaan. Walau pun panjang, tapi BEST! Tak rugi baca...
SINOPSIS
NURA ALIA seorang gadi periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan hensom. Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.
"Aku benci kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!"- NURA ALIA
Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA
Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY
Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN

Subscribe to:
Posts (Atom)