Home

Friday, October 5, 2012

Novel Cinta High Class

Next novel yang akan dibaca ialah Cinta High Class. Nantikan ulasanya....

Novel SIAPA ORANG GAJIKU

 Ini novel ketiga dalam 2 minggu ni. Pheww! Selesai baca dalam 1 hari. Ada 545 muka surat. Alhamdulillah, khatam jugak hari ni. Dah kemaruk novel dah sekarang ni. Dalam kepala dah dok fikir apa novel seterusnya nak beli nanti..haruu dah cam ni nih...hehe Cerita ni best. Cerita tentang seorang gadis bernama Sharifah Aina Aishah iaitu cucu kepada seorang Tan Sri yang diupah untuk bekerja sebagai orang gaji oleh seorang Tengku Fauziah bagi membantu seorang lelaki yang kecewa apabila bakal isterinya tidak muncul pada hari pernikahan. Dengan kepakarannya dalam bidang Psikologi, Aina membantu Tengku Haikal Iskandar bangkit semula dari kekecewaan dan akhirnya bercinta dengan Aina. nak tahu lebih lanjut, kena laa baca ya.

SINOPSIS

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

Ini novel kedua setelah khatam Adam & Hawa. Kan dah kata, kalau dah start baca novel ni, memang tak boleh berenti. Lepas satu, satu. Keje pon tak jadi sebab selagi tak habis baca, tak tenteram rasa nya. Sapa agree, angkat tangan heheh... Cerita ni walau pun tebal giler, tapi alhamdulillah habis jugak dalam masa seminggu. Banyak pengajaran, liku2 hidup dan banyak involve tentang hati dan perasaan. Walau pun panjang, tapi BEST! Tak rugi baca...

SINOPSIS
NURA ALIA seorang gadi periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan hensom. Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.

Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

"Aku benci kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!"- NURA ALIA


Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.

“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN


Novel ADAM & HAWA

Pics ehsan Mr GOOGLE

Novel ini adalah novel pertama saya baca setelah bertahun-tahun berhenti membaca novel. Rasanya since kahwin dah tak sentuh any novel. Entah kenapa tiba-tiba minat membaca novel timbul semua. Ini rasanya gara-gara tertengok cerita drama bersiri Adam & Hawa. Kawan-kawan di FB asyik dok cerita tentang drama ni. Best sangat ker? Ingat lagi masa tu member di FB bagi link Episod ke 11. Haa...tiba-tiba tengok episod 11 kan. Dah tertanya-tanya pulak apa cerita asalnya. So, tgk di YouTube dari siri 1 ke siri 11. Tapi tak puas hati sebab lambatnya sambung. This is one of the reason kenapa saya malas nak tgk tv lagi2 cerita bersiri. Sebab tak sabar nak tau ending cerita ni. Sebagai alternatif, saya g MPH n cari novel ni. Alhamdulillah, jumpa n beli. Bila dah baca baru laa legaaa... at least dah tahu jalan cerita. So, to those yang nak tau tentang jalan cerita novel ni, why don't you guys beli and baca. Insyaallah, tak menyesal. The rest, kita tunggu sambungannya di Mustika HD ya...

SINOPSIS
Ain Hawani, zman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri in hanya di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar si hatinya. Ah....Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam,kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikantan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tepi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalan hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

bagi Adam, dia tetap menanti Hawaninya biarpun lapan tahun lagi.....


Paling suka episod yang di Mekah tu. Ya Allah, terasa terpanggil untuk ke sana. Hati ini teringin sangat menjejakkan kaki ke sana. Insyaallah, semoga kita semua akan ke sana nanti. Amiinnn...